Thursday, September 10, 2015

Perasaan Seni


Bagaikan banjir gulung gemulung,

Bagaikan topan seruh menderuh,


Demikian rasa

Datang semasa,


Mengalir, menimbun, mendesak mengepung

Memenuhi sukma, menawan tubuh.


Serasa manis sejuknya embun

Selagu merdu dersiknya angin,


Demikian Rasa

datang sesama,


Membisik, mengajak, aku berpantun,

Mendayung jiwa ke tempat dingin.


Jika kau datang sekuat raksasa,

Atau kau menjelma secantik juita,


Kusedia hati

Akan berbakti,


Dalam tubuh kau berkuasa,

Dalam dada kau bertakhta !



Oleh :

J. E. Tatengkeng

No comments:

Post a Comment