Sunday, January 11, 2015

Sunyi

Kuketuk pintu masaku muda

hendak masuk rasa kembali

taman terkunci dibelan pula

tinggallah aku sunyi sendiri.


Kudatangi gelanggang tempat menyebung

masa bujang tempat beria

kulihat siku singgung menyinggung

aku terdiri haram disapa...


Teruslah aku perlahan-lahan

sayu rayu hati melipur

nangislah aku tersedan-sedan

mendengarkan pujuk duka bercampur.


Kudengar bangsi memanggil-manggil

tersedu-sedu, dayu mendayu

tersalah aku diri terpencil

badan dilambung gelombang rindu.


Duduklah aku bertopang dagu

merenung kupu mengecup bunga

lenalah aku sementara waktu

dalam rangkum kenangan lama.


Rupanya teja serasa kulihat

suaramu dinda rasakan kudengar

dinda bersandar duduk bersikat

aku mengintip ombak berpendar.


Imbau gelombang menyembahkan lagu

kepada bibirmu kesumba pati

fikiranku melayang ke padang rindu

walaupun dinda duduk di sisi.



Oleh :

Amir Hamzah

Saturday, January 10, 2015

Dagang

Susahnya duduk berdagang

tiada tempat mengadukan duka

bondaku tuan selalu terpandang

hendak berjumpa apatah daya.


Terlihat-lihat bonda merenung

rasa-rasa Bonda mengeluh

mengenangkan nasib tiada beruntung

luka penceraian tiadakan sembuh.


Bondapun garing seorang diri

hati luka tiada berjampi

nangislah ibu mengenangkan kami

rasakan tiada berjumpa lagi.


Allah diseru memohonkan restu

moga kami janganlah piatu

aduh ibu, kemala hulu

bukankah langit tiada berpintu?


Sudahlah nasib tiada bertemu

sudahlah untung hendak piatu

bagaimana mengubah janji dahulu

sudah diikat di rahim ibu.



Oleh :

Amir Hamzah

Friday, January 9, 2015

Mabuk

Ditayangan ombak bujang bersela

dijunjung hulu rapuh semata

dikipasi angin bergurau senda

lupakan kelana akan dirinya...


Dimabukkan harum pecah terberai

diulikkan bujuk rangkai-rinangkai

datanglah semua mengungkai simpai

hatimu bujang sekali bisai.


Bulan mengintai di celah awan

bersemayam senyum sayu-sendu

teja undur perlahan-lahan

mukanya merah mengandung malu.


Rumput rendah rangkum-rinangkum

tibun embun turun ke rumpun

lembah-lembah menjunjung harum

mendatangkan kayal bujang mencium.


Melur sekaki dibuaikan sepoi

dalam cahaya rupa melambai

pelik bunga membawaku ragu

layu kupetik bunga gemalai.


Bunga setangkai gemelai permai

dalam tanganku jatuh terserah

kelopak kupandang sari kunilai

datanglah jemu mengatakan sudah...


Bulan berbuni di balik awan

taram-temaram cendera cahaya

teja lari ke dalam lautan

tinggallah aku tiada berpelita.



Oleh :

Amir Hamzah

Thursday, January 8, 2015

Barangkali

Engkau yang lena dalam hatiku

akasa swarga nipis-tipis

yang besar terangkum dunia

kecil terlindung alis


Kujunjung di atas hulu

kupuji di pucuk lidah

kupangku di lengan lagu

kudaduhkan di selendang dendang


Bangkit gunung

buka mata mutiaramu

sentuh kecapi firdausi

dengan jarimu menirus halus


Biar siuman dewi-nyanyi

gambuh asmara lurus lampai

lemah ramping melidah api

halus harum mengasap keramat


Mari menari dara asmara

biar terdengar swara swarna

barangkali mati di pantai hati

gelombang kenang membanting diri.



Oleh :

Amir Hamzah

Wednesday, January 7, 2015

Permainanmu

kau keraskan kalbunya

bagi batu membesi benar

timbul telangkaimu bertongkat urat

ditunjang pengacara petah fasih


Di hadapan lawanmu

tongkatnya melingkar merupa ular

tangannya putih , putih penyakit

kekayaanmu nyata terlihat terang


Kakasihmu ditindasnya terus

tangan tapi bersembunyi

mengunci bagi pateri

kalbu ratu rat rapat


Kau pukul raja-dewa

sembilan cambuk melecut dada

putera mula penganti diri

pergi kembali ke asal asli.


Bertanya aku kekasihku

permainan engkau permainkan

kau tulis kau paparkan

kausampaikan dengan lisan


Bagaimana aku menimbang

kaulipu lipatkan

kau kelam kabutkan

kalbu ratu dalam genggammu


Kau hamparkan badan

di tubir bibir penaka durjana

jadi tanda di hari muka


Bagaimana aku menimbang

kekasihku astana sayang

ratu restu telaga sempana

kekasihku mengunci hati

bagi tali disimpul mati.



Oleh :

Amir Hamzah

Tuesday, January 6, 2015

Tetapi Aku

Tersapu sutera pigura

dengan nilam hitam kelam

berpadaman lentera alit

beratus ribu di atas langit


Seketika sekejap mata

segala ada menekan dada

nafas nipis berlindung guring

mati suara dunia cahaya


Gugur badanku lemah

mati api di dalam hati

terhenti dawai pesawat diriku

Tersungkum sujud mencium tanah


Cahaya suci riwarna pelangi

harum sekuntum bunga rahsia

menyinggung daku terhantar sunyi

seperti hauri dengan kapaknya


Rupanya ia mutiara jiwaku

yang kuselami di lautan rasa

Gewang canggainya menyentuh rindu

tetapi aku tiada merasa...



Oleh :

Amir Hamzah

Monday, January 5, 2015

Taman Dunia


Kau masukkan aku ke dalam taman- dunia, kekasihku !

kaupimpin jariku, kautunjukkan bunga tertawa, kuntum tersenyum.

kau tundukkan huluku tegak, mencium wangi tersembunyi sepi.

Kau gemalaikan di pipiku rindu daun beldu melunak lemah.

Tercengang aku takjob, terdiam.

berbisik engkau: 

"Taman swarga, taman swarga mutiara rupa".

Engkaupun lenyap.

Termanggu aku gilakan rupa.



Oleh :

Amir Hamzah

Sunday, January 4, 2015

Terbuka Bunga


Terbuka bunga dalam hatiku !

kembang rindang disentuh bibir kesturimu.

Melayah-layah mengintip restu senyumanmu.

Dengan mengelopaknya bunga ini, layulah

bunga lampau, kekasihku.

Bunga sunting hatiku, dalam masa mengembara 

menanda dikau

Kekasihku ! inikah bunga sejati yang tiadakan

layu ?



Oleh :

Amir Hamzah

Saturday, January 3, 2015

Doa Poyangku


Poyangku rata meminta sama

semoga sekali aku diberi

memetik kecapi, kecapi firdausi

menampar rebana, rebana swarga


Poyangku rata semua semata

penabuh bunyian kerana suara

suara sunyi suling keramat


kini rebana di celah jariku 

tari tamparku membangkit rindu

kucuba serentak genta genderang

memuji kekasihku di mercu lagu


Aduh, kasihan hatiku sayang

alahai hatiku tiada bahagia

jari menari doa semata

tapi hatiku bercabang dua.



Oleh :

Amir Hamzah

Friday, January 2, 2015

Turun Kembali

Kalau aku dalam engkau

dan kau dalam aku

adakah begini jadinya

jaku hamba engkau penghulu ?


Aku dan engkau berlainan

engkau raja, maha raya

cahaya halus tinggi mengawang

pohon rindang menaung dunia.


Di bawah teduh engkau kembangkan

taku berdiri memati hari

pada bayang engkau mainkan

aku melipur meriang hati


Diterangi cahaya engkau sinarkan

aku menaiki tangga, mengawan

kecapi firdausi melena telinga

menyentuh gambuh dalam hatiku


Terlihat ke bawah

kandil kemerlap

melambai cempaka ramai tertawa

hati duniawi melambung tinggi

berpaling aku turun kembali.



Oleh :

Amir Hamzah

Thursday, January 1, 2015

Batu Belah

Dalam rimba rumah sebuah

teratak bambu terlampau tua

angin menyusup di lubang tepas

bergulung naik di sudut sunyi.


Kayu tua membetul tinggi

membukak puncak jauh di atas

bagai perarakan melintas negeri

payung menaung jemala raja


ibu bapa beranak seorang

manja bena terada-ada

plagu lagak tiada disangkak

mana tempat ibu meminta


Telur kemahang minta carikan

untuk lauk di nasi sejuk


Tiada sayang;

dalam rimba telur kemahang

mana daya ibu mencari

mana tempat ibu meminta.


Anak lasak mengisak panjang

menyabak merunta mengguling diri

kasihan ibu berhancur hati

lemah jiwa kerana cinta


Dengar.........dengar !

dari jauh suara sayup

mengalun sampai memecah sepi

menyata rupa mengasing kata


Rang... rang... rangkup

Rang... rang... rangkup

batu belah batu bertangkup

ngeri berbunyi berganda kali.


Diam ibu berfikir panjang

lupa anak menangis hampir

kalau begini susahnya hidup

biar ditelan batu bertangkup


Kembali pada suara bergelora

bagai ombak datang menampar

macam sorak semarai ramai

kerana ada hati berbimbang


menyahut ibu sambil tersedu

melagu langsing suara susah;


Batu belah batu bertangkup

batu tepian tempat mandi

Insha Allah tiadaku takut

sudah demikian kuperbuat janji


Bangkit bonda bewrjalan pelan

tangis anak bertambah kuat

rasa risau bermaharajalela

mengangkat kaki melangkah cepat.


Jauh ibu lenyap di mata

timbul takut di hati kecil

gelombang bimbang mengharu fikir

berkata jiwa menanya bonda


lekas pantas memburu ibu

sambil tersedu rindu berseru

dari sisi suara sampai

suara raya batu bertangkup


Lompat ibu ke mulut batu

besar terbuka menunggu mangsa

tutup terkatup mulut ternganga

berderak-derik tulang belulang


Terbuka pula, merah basah

mulut maut menunggu mangsa

lapar lebar tercingah pangah

meraung riang mengecap sedap..


Tiba dara kecil sendu

menangis mencari ibu

terlihat cerah darah merah

mengerti hati bonda tiada.


Melompat dara kecil sendu

menurut hati menaruh rindu...


Batu belah, batu bertangkup

batu tepian tempat mandi

Insha Allah tiadaku takut

sudah demikian kuperbuat janji.



Oleh :

Amir Hamzah

Wednesday, December 31, 2014

Di Dalam Kelam

Kembali lagi marak-semarak

jilat melonjak api penyuci

dalam hatiku tumbuh jahanam

terbuka neraka di lapangan swarga


Api melambai melengkung lurus

merunta ria melidah belah

menghangus debu mengitam belam

buah tenaga bunga suwarga


Hati firdausi segera sentosa

Murtad merentak melaut topan

Naik kabut mengarang awan

menghalang cuaca nokta utama


Berjalan aku di dalam kelam

terus lurus moal berhenti

jantung dilebur dalam jahanam

kerongkong hangus kering peteri.


Meminta aku kekasihku sayang;

turunkan hujan embun rahmatmu

biar padam api membelam

semoga pulih pokok percayaku.



Oleh :

Amir Hamzah

Tuesday, December 30, 2014

Ibuku Dehulu

Ibuku dehulu marah padaku

diam ia tiada berkata

akupun lalu merajuk pilu

tiada peduli apa terjadi


matanya terus mengawas daku

walaupun bibirnya tiada bergerak

mukanya masam menahan sedan

hatinya pedih kerana lakuku


Terus aku berkesal hati

menurutkan setan, mengkacau-balau

jurang celaka terpandang di muka

kusongsong juga - biar cedera


Bangkit ibu dipegangnya aku

dirangkumnya segera dikucupnya serta

dahiku berapi pancaran neraka

sejuk sentosa turun ke kalbu


Demikian engkau;

ibu, bapa, kekasih pula

berpadu satu dalam dirimu

mengawas daku dalam dunia.



Oleh :

Ajip Rosidi

Monday, December 29, 2014

Subuh

Kalau subuh kedengaran tabuh

semua sepi sunyi sekali

bulan seorang tertawa terang

bintang mutiara bermain cahaya


Terjaga aku tersentak duduk

terdengar irama panggilan jaya

naik gembira meremang roma

terlihat panji terkibar di muka


Seketika teralpa;

masuk bisik hembusan setan

meredakan darah debur gemuruh

menjatuhkan kelopak mata terbuka


Terbaring badanku tiada berkuasa

tertutup mataku berat semata

terbuka layar gelanggang angan

terulik hatiku di dalam kelam


Tetapi hatiku, hatiku kecil

tiada terlayang di awang dendang

menanggis ia bersuara seni

ibakan panji tiada terdiri.



Oleh :

Ajip Rosidi

Sunday, December 28, 2014

Hari Menuai

Lamanya sudah tiada bertemu

tiada kedengaran suatu apa

tiada tempat duduk bertanya

tiada teman kawan berberita


Lipu aku diharu sendu

samar sapur cuaca mata

sesak sempit gelanggang dada

senak terhentak raga kecewa


Hibuk mengamuk hati tergari

melolong meraung menyentak rentak

membuang merangsang segala petua

tiada percaya pada siapa


Kutilik diriku kuselam tahunku

timbul terasa terpancar terang

istiwa lama merekah terang

merona rawan membunga sedan


Tahu aku

kini hari menuai api

mengetam ancam membelam redam

ditulis dilukis jari tanganku.



Oleh : 

Ajip Rosidi

Saturday, December 27, 2014

Rindu Jumpa Dikau


cinta ?? apa sih maksudnya ??

tak terpikir tuk menggali itu

tuk daki berjuta bebatuan

tuk menyebrangi samudra

sungguh itu sangat membuatku terpacu


cinta hadir ketika kita duka

cinta hadir ketika kita suka

cinta datang ketika kita kembali

cinta hangat ketika kita merasakannya


ingin rasa ku jemput hati itu

tuk rasakan apa itu bahagia dan apa itu kerinduan

terkadang hati ini pun ingin memilikinya

memandangnya dan bersamanya

setia dalam ikatan sumpah yang suci

bahagia menjalani hidup bersama

hingga kita diberkahi anugerah terindah

memiliki ikatan keluarga slamanya hingga maut memisahkan


seiring berjalan waktu

detik menit jam hari bulan bahkan tahun

berlalu bersama sepinya hati

terus terjadi hingga tanpa disadari

hari akhirpun datang menghampiri

entah itu akhir ataupun awal kehidupan

aku pun tak tahu karena hati ini sedang dilanda ketakutan

takut jika tak bisa memandangmu lagi


hanya karena sepatah kata yang tak bisa terucap

hanya karena rasa malu yang tak bisa ku tanggung

cambukan keras untukku yakni berupa penyesalan diri

tak terobati karena ulah perbuatan sendiri

hingga rasa rindu datang menjumpai


hasrat ingin berjumpa meski hanya dalam mimpi

kan ku raih dikau yang saat ini telah menjauhkan diri

menjauh dariku dari mimpiku dan dari cintaku ini

sungguh impian yang tak pernah terwujud kecuali karenamu


cinderela dengan kereta kencananya

putri salju dengan para kurcaci

jasmine dan karpet terbangnya

serta diriku dan cinta yang hanya untukmu



Oleh :

Admin

Friday, December 26, 2014

Astana Rela

Tiada bersua dalam dunia

tiada mengapa hatiku sayang

tiada dunia tempat selama

layangkan angan meninggi awan


Jangan percaya hembusan cedera

berkata tiada hanya dunia

tilikkan tajam mata kepala

sungkumkan sujud hati sanubari


Mula segala tiada ada

pertengahan masa kita bersua

ketika tiga bercerai ramai

di waktu tertentu berpandang terang


Kalau kekasihmu hasratkan dikau

restu sempana memangku daku

tiba masa kita berdua

berkaca bahagia di air mengalir


Bersama kita mematah buah

sempana kerja di muka dunia

bunga cerca melayu lipu

hanya bahagia tersenyum harum


Di situ baru kita berdua

sama merasa, sama membaca

tulisan cuaca rangkaian mutiara

di mahkota gapura astana rela.



Oleh :

Ajip Rosidi

Thursday, December 25, 2014

Biodata Amir Hamzah

Lahir 28 Februari 1911 di Tanjungpura, Langkat, Sumatera Utara, terbunuh dalam revolusi sosial 16maret 1946 di Langkat, Sumatera Utara.


Pendidikannya: tamat HIS (sekolah anak-anak Indonesia dengan bahasa pengantara bahasa Belanda), lalu ke Medan dan ke Jakarta (mungkin 1928) sekolah di Sekolah lanjutan Pertama Kristen (2 tahun), kemudian belajar di Sekolah Lanjutan Atas Solo, Jawa Tengah (mungkin antara 1929-1932). Kembali ke Jakarta, masuk Sekolah Tinggi Hukum, sampai lulus sarjana muda, tapi tidak tamat.


Selama di Jawa, dia aktif dalam kegiatan-kegiatan kebangsaan. Dengan S. Takdir Alisjahbana dan Armijn Pane, Amir Hamzah mendirikan majalah Pujangga Baru. Tapi dia dipanggil pulang oleh pamannya, Sultan langkat – orang yang membiayai pendidikan Amir – dan diambil menantu.


Bukunya yang sudah terbit: Nyanyian Sunyi (1937), Buah Rindu (1941), Sastra Melayu Lama dengan Tokoh-tokohnya(1941), dan Esei dan Prosa (1982). Terjemahannya: Bhagawad Gita (dimuat dalam Pujangga Baru,1933-1934) danSetanggi Timur (terjemahan puisi Jepang, Arab,India, Persia dll., 1939). Berbagai karangannya yang tersebar dihimpun H.B. Jassin dalam Amir Hamzah Raja Penyair Pujangga Baru (1963).


Sejumlah puisnya ada dalam antologi Pujangga Baru: Prosa dan Puisi (1963) susunan H.B. Jassin. Amir Hamzah dikenal sebagai tokoh penting pada masa Pujangga baru dalam sastra Indonesia.

Tuesday, December 23, 2014

Lagu Tanah Air


Adalah hijau pegunungan

Adalah biru lautan

Adalah hijau

Adalah biru

Langit dan hatiku

Adalah aku pucuk tatapan

Adalah pucuk

Adalah tatapan

Adalah pucuk senapan

Mengarah ke dadaku


Hijau pegunungan biru lautan

Tiadalah harapan adalah ketakutan

Hijau pegunungan biru lautan

Tiadalah ketentraman adalah ancaman

Adalah karena cintaku

Adalah karena kucinta

Langit merah jalan berdebu

Rumah punah jalan terbuka


Bunga tumbuh mawar biru

Kembang wera kembang jayanti

Tanah yang kujejak rindu

Kan kurangkum dalam hati



Oleh :

Ajip Rosidi

Monday, December 22, 2014

Panorama Tanah Air


Di bawah langit yang sama

manusia macam dua : Yang diperah

dan setiap saat mesti rela

mengurbankan nyawa, bagai kerbau

yang kalau sudah tak bisa dipekerjakan, dihalau

ke pembantaian, tak boleh kendati menguak

atau cemeti'kan mendera;

dibedakan dari para dewa

malaikat pencabut nyawa, yang bertuhan

pada kemewahan dan nafsu

yang bagai lautan : Tak tentu dalam dan luasnya

menderu dan bergelombang

sepanjang masa

Di atas bumi yang sama

Manusia macam dua : Yang menyediakan tenaga

tak mengenal malam dan siang,

mendaki gunung, menuruni jurang

tak boleh mengenal sakit dan lelah

bagai rerongkong-rerongkong bernyawa selalu digiring

kalau bukan di kubur tak diperkenankan sejenak pun berbaring

dipisahkan dari manusia-manusia pilihan

yang mengangkat diri-sendiri dan menobatkan

ipar, mertua, saudara, menantu dan sahabat

menjadi orang-orang terhormat dan keramat

yang ludah serta keringatnya

memberi berkat

Di atas bumi yang kaya

manusia mendambakan hidup sejahtera

Di atas bumi yang diberkahi Tuhan

Manusia memimpikan keadilan


(1962)



Oleh :

Ajip Rosidi